12 Cara Untuk Melupakan Kekasih Lama
Walaupun hidup mesti diteruskan, tetapi hati dan fikiran masih tetap
teringat pada si dia. Orang yang pernah kita sayang, orang yang pernah
kita gaduh, orang yang pernah kita mengusik dan bermanja. Bukan mudah
untuk melupakan semuanya, kan?
Tetapi jika anda betul-betul ingin melupakan si dia, di sini saya kongsikan 12 cara bagaimana untuk melupakan kekasih lama.
1. Senaraikan perkara-perkara yang anda ingin lakukan selama ini yang anda tidak pernah lakukan:
Selama anda berkenalan dengan kekasih lama, anda mempunyai banyak
perkara yang ingin anda lakukan. Tetapi disebabkan kekangan masa dan
komitmen dalam perhubungan membuatkan anda tidak berkesempatan untuk
melakukannya. Dengan menyenaraikan perkara-perkara yang anda ingin
lakukan ini akan membuatkan anda dapat melihat betapa banyaknya perkara
lain yang boleh anda lakukan selain mengingati kekasih lama yang tidak
lagi bersama anda.
2. Ceriakan diri anda: Memang sukar untuk melalui
hari-hari tanpa si dia di sisi. Diri terasa sepi, sunyi tanpa teman.
Tetapi hidup mesti diteruskan. Walaupun pelbagai dugaan yang dilalui,
anda perlu kuat untuk meneruskan kehidupan anda. Mulakan sesuatu yang
baru. Sekurang-kurangnya anda akan rasa gembira kerana mempunyai
pengalaman baru.
3. Jumpa dengan kawan-kawan lama: Atau berjumpa
dengan kawan-kawan baru anda. Salah satu cara untuk anda berkenalan
dengan kawan baru adalah dengan menyertai persatuan atau kelab yang sama
minat dengan anda. Mungkin anda minat pada kucing. Jadi apa kata anda
cari fanpage peminat-peminat kucing di Facebook seperti Dunia Kucing
contohnya, dan berkenalanlah dengan peminat-peminat kucing yang lain.
4. Brainwash dan gunakan akal logik untuk menghilangkan perasaan sedih:
Jika pasangan anda sebelum ini menyusahkan hidup anda, jadi mudah untuk
anda melupakannya. Apa yang perlu anda lakukan adalah imbas kembali
benda-benda negatif yang menyakitkan hati yang pernah si dia lakukan.
Itu akan membuatkan anda semakin menyampah untuk ingat pada kekasih lama
itu. Tetapi, jika si dia merupakan seorang yang baik, mungkin sukar
sedikit untuk anda melupakannya. Anda perlu gembira kerana anda
diberikan peluang untuk berjumpa dan berkenalan dengan seorang kekasih
yang baik hati. Setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya. Mungkin
kebaikan yang anda terima dari si dia selama ini adalah untuk
menjadikan anda lebih kuat untuk perhubungan anda yang akan datang.
5. Hargai dirinya: Walau apapun yang pernah berlaku
antara anda dengan si dia, maafkanlah segala kesilapan dan kesalahannya.
Jika anda berani, berjumpa dan berdepan dengan dia. Nyatakan kepadanya
yang anda selama ini sangat terasa hati ketika bersama dengannya.
Tetapi, katakan juga yang anda telah pun memaafkan segala kesilapan yang
telah si dia lakukan. Ini akan membuatkan diri anda rasa lebih lega
kerana telah memaafkan dan membebaskan perasaan dendam yang tersimpan
dalam diri anda selama ini.
7. Pandanglah jauh ke depan: Ingatlah, kehidupan ini
adalah untuk memberi dan menerima. Tidak semestinya dengan bercinta
sahaja akan membuatkan diri anda ceria. Ada banyak lagi perkara lain
yang membolehkan anda untuk pergi jauh ke depan. Jadikan segala apa yang
berlaku pada diri anda selama ini sebagai pengajaran yang bermakna
dalam diri anda. Secara tidak lansung, perasaan sedih dan kerisauan anda
akan hilang dengan sendirinya.
8. Kuatkan semangat: Jangan mudah untuk putus asa
dan berhenti berharap. Anda perlu kuatkan semangat anda. Walaupun si dia
telah pergi meninggalkan anda, tetapi anda sebenarnya masih mempunyai
perkara lain yang boleh menggembirakan hati anda. Kembalilah semula
mengingati Allah Yang Maha Esa. Mungkin selama ini anda lalai dan lupa
kepada siapa yang patut anda curahkan perasaan dan derita. Kembalilah
kepadaNya, dan bersyukurlah kerana Allah masih menyanyangi anda dengan
memberikan ujian-ujian seperti ini agar anda tidak terpesong jauh
dariNya.
9. Elakkan dari bercerita tentang kekasih lama anda:
Benda yang berlalu, usahlah dikenang. Yang pergi, biarkan ia berlalu
pergi. Janganlah anda asyik berceritakan tentang kekasih lama anda
kepada rakan-rakan anda. Semakin banyak anda ceritakan kisah-kisah lama
dengan rakan-rakan, semakin meluat dan rimas mereka rasa. Jangan pula
sampai rakan-rakan meninggalkan anda pula. Apabila anda keseorangan,
semakin sukarlah untuk anda melupakan pasangan anda itu nanti.
10. Padamkan kesemuanya: Ya, padamkan segala
mesej-mesej SMS, panggilan telefon, atau no phone si dia dari handphone
anda. Ianya mungkin pedih, mungkin sukar, tetapi itu adalah kebaikan
untuk anda bagi melupakannya. Lagipun, anda tidak memerlukannya lagi,
kan? Tidak guna untuk anda menyimpan segala kenangan itu semua dalam
handphone dan laptop anda. Buangkan saja.
11. Elakkan dari bersendirian: Apabila anda
bersendirian, anda akan cenderung untuk mengingat semula kekasih lama
anda. Untuk itu, adalah lebih baik jika anda melakukan perkara-perkara
lain atau berjumpalah dengan rakan-rakan anda. Jangan duduk bersendirian
dan memasang lagu-lagu romantik yang biasa anda berdua dengar
bersama-sama pada suatu ketika dahulu. Saya tahu, setiap pasangan pasti
mempunyai “lagu tema” mereka masing-masing. Jika anda ingin melupakan si
dia sepenuhnya, elakkan dari mendengar lagu tema anda berdua.
12. Buangkan segala benda yang membuatkan anda ingat pada si dia:
Ini mungkin satu tindakan yang drastik, tetapi ianya satu cara yang
paling terbaik untuk anda melupakannya. Buangkan segala benda yang
membuatkan anda ingat pada kekasih lama. Jika si dia pernah berikan anda
jam tangan, teddy bear, baju, atau apa sahaja, buangkan saja ke dalam
tong sampah. Jika anda masih ada perasaan belas kasihan, pulangkan
semula barang-barang itu kepada si dia. Anda tidak perlukannya lagi.
Anda ingin melupakannya. Jadi buangkan sahaja benda-benda tersebut yang
tidak lagi bermakna dalam hidup anda.
Ingatlah, walau apapun yang berlaku dalam hidup kita, pasti ada
hikmahnya. Cuma kita sahaja yang belum menjumpai dan merasai kebaikan ke
atas apa yang telah berlaku pada diri kita.
Hidup tidak semstinya sentiasa indah. Kadang-kala kita di atas, kadang-kala kita di bawah.
Memang sukar untuk melupakan orang yang kita sayang, tetapi demi diri
kebaikan diri sendiri jugalah kita perlu berusaha melupakan kekasih
lama.
Cara Melupakan MANTAN
Article about heirs.
Akhirnya serial drama yang ditunggu-tunggu tayang juga. The Heirs yang menampilkan duet Lee Min Ho dan Park Shin Hye telah tayang di Korea sejak tanggal 9 Oktober lalu. Dengan bersettingkan latar "si kaya dan si miskin"drama Korea the Heirs sukses membuat penasaran para pecinta drama Korea. Seperti biasa Lee Min Ho memerankan tokoh pemuda kaya raya sedangkan Park Shin Hye memerankan tokoh wanita sederhana yang berasal dari keluarga yang biasa-biasa saja.
Yang menarik dari awal episode drama ini adalah lokasi syuting yang dilakukan di Amerika Serikat. Lee Min ho sukses menjadi seorang surfer di drama ini yang bahkan kabarnya sampai melakukan privat khusus agar lebih mendalami peran yang dimainkan."AMAZING"....!!!!!!^^
silahkan download Film heirs bagi yang cinta sama drakor^^
Modul Praktikum Pemograman Web 1
Hello Guys.....!!!!!
Kalian ingin belajar Pemograman Web 1.....???????
Jika kalian ingin mempelajarinya Di sini kalian bisa download Modul Praktikum Pemograman web 1
Klik Link di Bawah ini:
^Happy Study^ .....!!!!!